Setiap tahun pada 14 March,orang Jepun menyambut White Day.
Apa orang buat pada hari ni?
X semua orang yang berpeluang menyambutnya kerana hari ni hari special buat pasangan kekasih.Kesiannya orang yang still single lagi kan?huhu
Kat sini,pada 14 Feb iaitu Valentine Day, perempuan yang bagi coklat kat mana2 lelaki yang diorang suka.Masa ni la ada yang mengambil peluang untuk meluahkan isi hati sebenar diorang kat si lelaki yang dicintai tu.cewah..(ayat skema giler..haha)
Berbeza dengan kat Malaysia kan?Kalau kat Malaysia orang lelaki yang bagi bunga or coklat untuk pasangan masing2 pada Valentine day tapi kat sini adalah sebaliknya.
Tapi x semestinya coklat diberi kepada lelaki2 yang dicintai saja.Ada juga yang bagi kat kawan2 rapat sebagai tanda persahabatan.Cuma coklat biasa2 je la.Untuk yang special semestinya coklat buatan sendiri.Aku ingat lagi masa aku kerja kat supermarket tu.Pada 13 Feb memang ramai perempuan yang datang tanya kat mana ade bahan2 untuk buat kek.Orang muda2 la..Budak2 sekolah pun sama..Aku rasa yang x pernah masak pun beria2 nak buat kek coklat semata2 untuk diberikan buat yang tersayang.Fuh!semangat2..hehe
So hari ni diwujudkan kat Jepun ni khas buat lelaki2 untuk mebalas balik coklat2 yang diorang dapat pada Valentine Day lepas.X semestinya diorang kena balas.Itu semua bergantung pada diorang la.Bagi mereka yang dah diluahkan perasaan cinta kat diorang pada Valentine Day lepas,hari ni boleh dikatakan sebagai hari penentuan la.Kalau seseorang lelaki tu pun suka kat perempuan tu,dia akan bagi la bunga atau coklat pada hari ni.(Waah~nak jugak....)
Hmm..macam2 la orang Jepun nih..pelik tapi benar.heheh -sue chan-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment