Friday, 22 January 2010
what to do..
Rasa x sedap hati..sebab dapat petanda tu kot..hmm
Aku fikir bukan2 je kot..hmm..
Ya Allah..aku mohon petunjuk dari-Mu..huhu
Thursday, 21 January 2010
Terkejut..
Btw aku bukan nak citer pasal tu malam ni..lupakan saja..huhu
Aku cuma nak citer pasal peristiwa yang berlaku masa kat lab aku petang tadi.Kat bangunan lab aku tu,ada la bilik khas untuk pelajar dan setiap orang disediakan satu meja dan satu wayar internet.Sebab tu la aku selalu je boleh online ym and fesbuk sepanjang masa ada kat lab tu.hehe..
Alkisahnya tadi masa aku dan kawan aku baru je masuk bilik tu,kitorang terkejut tengok ada 2 orang sensei(lecturer) yang sedang sibuk cek setiap laci meja kitorang.Kebetulan masa tu diorang tengah cek meja aku pulak tuh.Terkejut aku..Masa tu rasa takut la jugak..Mana la tau kot2 aku disyaki curi pape ke..mana la tau kalau2 ada orang nak kenakan aku kan..ayo!
Dahla sensei tu siap pegang satu alat,yang siap berbunyi 'tit,tit,tit..'(bayangkan je la ye..xde gambar nak tunjuk kat sini..haha)
Then bila tengok kitorang cam terkejut,salah sorang sensei tu pun cakap camni;
"sory la ye korang..kami terpaksa bukak setiap laci meja korang ni sebab nak cek apa yang ada kat dalam tu..dan alat ni berfungsi untuk mengesan kalau2 ada benda2 yang berbahaya"
Ooo..camtu rupa2nya..
So aku jadi terfikir,maybe diorang bimbang kalau2 ada sesiapa yang buat bom kot..haha..maklumla lab tu penuh dengan bahan2 kimia..cukup lengkap..owh..bahaya la jugak kan..
Tu je la ceritanya.Dah habis da..Pendek je..
So kesimpulannya?hmm..ntah..fikir la sendiri..hehe
*anyway terima kasih kerana sudi baca sampai habis.. ;) -sue chan-
Saturday, 16 January 2010
What a lucky day
Tadi aku join budak2 sini pergi main boling..beberapa minit before main tu tetiba kening kanan aku bergerak2 dalam 2,3 saat.So masa tu aku jadi terfikir2 la apa agaknya benda baik yang nak berlaku kat aku jap lagi.


Ada 2 batang kentang palsu dalam ni yang bertali.So dalam permainan ni,kalau sesape yang terambil kentang2 tu,tapak bekas tu akan tertarik ke atas dan kentang2 lain akan tercampak keluar.So orang tu dikira kalah la..haha..biasa je kan?tapi macam menarik untuk diguna masa cabut undi..hehe


Yang ni pulak stitch kaler pink yang aku dapat masa main mesin UFO CATCHER minggu lepas.Yang menariknya aku main ni dengan satu kupon free yang aku dapat dari pihak pengurusan tempat tu hari tu.So aku x perlu keluarkan duit pun untuk main benda ni.Yang ni pun 1st time dapat..hehe

Alhamdulillah..sesungguhnya semua ini adalah antara kenangan2 manis buatku sepanjang berada di bumi sakura ini.. :) -sue chan-
Friday, 15 January 2010
Sangat leceh la..ayo!
Kenapa nak kena daftar cop nama?
Haa..kalau nak tau orang Jepun guna cop nama sebagai tandatangan diorang.So kena la daftar cop nama masing2 untuk jadikannya sebagai cop rasmi masing2.(agak berbelit penerangan ini,ada faham x??haha..)
Sebut pasal nama ni,maybe korang dah tau kot,pada nama orang Jepun ada family's name dan nama masing2.Contohnya kalau nama orang tu Yamamoto Hiroyo,that means Yamamoto is her family's name and Hiroyo is her name.Biasanya hanya kawan2 and orang2 rapat sahaja yang boleh panggil dia dengan panggilan Hiroyo.Kiranya panggilan manja la..bagi orang yang x rapat or baru kenal dia pula,biasanya mereka akan panggil dia dengan nama Yamamoto san.Boleh dikatakan sebagai tanda hormat la..
Bagi orang perempuan,selepas kahwin dengan someone,family's name pada namanya will be officially bertukar kepada family's name suaminya.Contohnya,if Yamamoto Hiroyo berkahwin dengan Yamada Kazuhiro,namanya akan bertukar menjadi Yamada Hiroyo.Tapi if diorang bercerai,namanya akan kembali kepada nama asal.(kalau x silap aku la..)owh~sangat leceh kan?
X macam nama orang2 Melayu,kahwin ke x kahwin ke,biasanya kita akan kekal dengan nama tu sepanjang hayat.Better camni kan?x perlu susah2 macam diorang.
Ok,berbalik kepada citer tentang cop nama tu.Biasanya orang jepun akan buat cop nama masing2 dengan nama family diorang.Contohnya kalau Yamamoto Hiroyo,dia akan buat cop namanya dengan nama Yamamoto.(faham kan??)
Disebabkan aku biasanya sain dengan nama Su_ _ _ _ _ je,so aku buat la cop nama dengan nama tu je even my full name is NUR SU_ _ _ _ _ binti _ _ _ _ _ _ _ .Then masa aku nak register cop namaku tu,aku ditanya,dalam my full name,yang mana satu my family's name and yang mana satu my name.owh~asyik2 kena tanya soalan camni.Tapi x kisah la kalau ditanya camtu.Dah biasa..
Then aku jawab la camni,mana ada family's name.Pada namaku hanya my name with my father's name.BINTI means i am my father's daughter.Tu jawapan yang biasa aku bagi bila ditanya pasal nama.Boleh dikatakan aku dah terhafal ayat2 dalam bahasa Jepun yang aku guna untuk terangkan semua ini.Maklumla,dah berpuluh2 kali kot ditanya tentang nama sejak datang Jepun nih..haha
Pada mulanya aku fikir no problem la berkaitan namaku dengan cop aku tu,tapi kakak yang uruskan urusan pendaftaran cop nama aku tu tetiba buat kecoh pulak.Dia mempersoalkan pula samaada boleh ke x cop nama aku tu hanya dengan nama Su_ _ _ _ _ sahaja,bukan dengan NUR sekali.Owh~
Tetiba rasa bengang.Masa tu jam dan menunjukkan pukul 3 petang.Eksperimen aku x lama lagi akan siap and aku kena balik ke lab untuk keluarkan bahan yang aku sukat tu.Ayo!Kakak,rilek la,apa salahnya kalau cop nama aku camtu,ish3..tensen2..Jepun ni memang la,semua benda nak dibuat secara terperinci.Kadang2 aku tensen gak dengan sistem diorang nih.owh~Tapi bila difikir2kan,mungkin juga kerana sikap diorang yang macam ni lah,diorang boleh jadi maju macam sekarang kot..huhu
Dalam masa kakak tu sedang sibuk2 tanya kawan2 sekerja dia tentang tu,tetiba datang la seorang mak cik yang bekerja di bahagian pendaftaran nama kat situ.Aku rasa dia dah lama kerja kat situ kot,so dia dah faham la memang nama orang Melayu Malaysia camni.Dia cakap dalam nada berbisik2 kat aku.Katanya benda ni dah jadi agak leceh.So nanti bila kakak tu tanya lagi,jawab je yang nama kat cop aku tu memang nama rasmi aku.Maknanya even tanpa letak NUR sekali pun,kat Malaysia dah boleh guna nama tu je untuk apa2 urusan rasmi.
So aku pun buat la seperti yang mak cik tu suruh.Bila aku cakap camtu baru la kakak tadi terima.Kalau x,terpaksa la aku tempah cop nama baru,dengan nama NUR SU~.Biasanya akan mengambil masa paling kurang seminggu untuk siap.Persoalannya,muat ke nak letak nama panjang2 tu kat cop bulat yang hanya berdiameter about 1 cm sahaja tu?owh no~(semestinya cop nama tu dalam tulisan jepun..)
Adeh,nasib baik ada mak cik tu yang nak tolong aku.Thanks mak cik..pertolonganmu itu sangat ku hargai.Ni la kelemahan aku,x berapa pandai nak menipu di saat2 terdesak camtu.Ayo~
Tapi aku bernasib baik sebab biasanya ada je pertolongan yang aku dapat.Even daripada orang yang x dikenali sekalipun.Alhamdulillah..sangat bersyukur dengan pertolongan-Nya..
Anyway,urusan yang ni dah settle..sangat lega sebab selagi x selesai selagi tu la tensen..

cop namaku
Hmm..Tengah fikir,nak pergi lab ke x hari ni..sebab kalau kira hari ni U aku cuti.Tapi boleh je kalau nak pergi lab.hmm..kalau masa ni baru nak tidur time sejuk2 nih..alamatnya x terbangun awal la nanti..hmm..tengok la dulu camne.. -sue chan-
Tuesday, 12 January 2010
Patut la..
Sekarang aku masih ada kat lab..
Hmm..mengantuk.. dan
LAPAR sebab x makan nasi lagi hari ni..warghh..tensen2..
Hari ni banyak sangat kerja yang perlu dibuat sampai x sempat nak masak..hmm..
Lepas balik ni aku nak pergi beli nasi dan lauk kat kedai je la kot..dah terbayang2 nasi kat depan mata ni..owh~
Tetiba je ada banyak benda nak kena buat..adeh..tensen2..
Rasa macam x terbuat semua ni..
Hmm..nak buat camne..x leh nak elak..memang kena buat jugak..bak kata orang,
BERSUSAH-SUSAH DAHULU,BERSENANG-SENANG KEMUDIAN
Yang penting hasilnya nanti pasti akan memberi kepuasan padaku..
So Sue chan,sabar dulu,jangan la malas2..cuba la jadi rajin skit..sikit je lagi..haish!
Monday, 11 January 2010
Impian
*Malam ini mungkin tidurku dalam senyum.. :)
Saturday, 9 January 2010
Berdebar2..
Semua orang ada impian kan..aku pun sama..Malah impianku sangat banyak..
dan sebahagiannya dah tercapai..Alhamdulillah..
Sebab tu aku rasa hidupku penuh dengan lucky..bukan xde kesusahan dalam hidup ni tapi maybe sebab aku rasa dah banyak dapat apa yang orang lain x dapat..hmm..mungkin..
Tapi x semua impian boleh jadi kenyataan kan..huhu
Papepun untuk yang ni,harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar..sehingga lah aku betul2 dah berjaya dapatkannya,insyaAllah..Harap2 usahaku selama ni berbaloi dan x sia2.. -sue chan-
Bomba kat jepun x de kerja sangat agaknya..
Btw aku baru je balik dari parti besday budak kat sini.Banyak sangat makanan sampai x termakan..hehe..seronok :)
Tadi tengah kitorang duk syok borak2,tetiba terkeluar la cerita tentang sempai2 lama kitorang.Kisah yang aku nak citer ni adalah antara kisah yang paling best pernah berlaku kat diorang..haha..memang tergelak la kitorang bila ingat2 balik..masa tu aku dah ada kat sini pun..kalau x silap aku peristiwa ni berlaku 3 tahun lepas.Masa tu aku baru 1st year la kat sini..
Peristiwa ni berlaku pada suatu hari di musim panas..Ada 3 orang sempai lelaki yang tinggal serumah..Masa tu diorang tengah lepak2 dalam rumah kot.Then diorang terkejut bila tetiba sebatang pokok kat sebelah rumah sewa diorang tu terbakar.
Masa tu jiran2 Jepun diorang terus kecoh2 kat luar.Kalau x silap ada la antara diorang yang cuba padam api tu dengan air tapi aku x sure la berjaya padamkan ke x.Then x berapa lama kemudian,diorang terkejut lagi..sebab bukan saja 3 kereta bomba dan polis yang datang,malah siap ada wartawan sekali.Disebabkan jalan kat situ sempit,bomba2 tu siap merentas sawah yang ada kat depan rumah diorang untuk bawak pili air diorang yang panjang tu.haha..
Padahal sebatang pokok je yang terbakar..Tapi diorang punya la nak siasat punca kebakaran tu sampai siap ukur macam2 la.Adeh..haha..
So kesimpulan yang kitorang boleh buat ialah polis dan bomba kat sini sangat lapang..xde kerja sangat nak buat..Then even ada perkara kecik je pun yang berlaku,diorang akan bersungguh-sungguh la nak settle kan kot..haha..ntah -sue chan-
Tuesday, 5 January 2010
Kena kat diri sendiri baru tau ek?
Ala..macam la sebelum ni kau x pernah kenakan aku..melawak..dan kadang2 memang over pun..sampai buat aku terasa hati..
Tapi aku sabar je..dalam hati memang rasa nak marah tapi aku rilek je..still boleh senyum lagi..Ada orang nasihatkan aku jangan la baik sangat..kalau nak marah,bagi la sign tanda x suka..tapi ntah,aku x tau nak wat camne..
Then bila aku try kenakan kau sekali,yang pada aku biasa je..x seteruk yang kau pernah buat kat aku dulu..tapi kau terus melenting..maki2 aku..ape hal!?dah la kohai(junior).ceh!x pernah nak hormat aku as sempai(senior).Mentang2 aku buat baik je selama ni,asyik bagi muka je..
Aii..dah kena kat muka sendiri baru tau camne rasa nak marah tu ek?aku baru wat sekali..test je..and x berniat pun nak malukan kau..
Dan aku dah mintak maaf pun..tapi kau maki aku giler2..bukan sekali aku mintak maaf tapi 2,3 kali..tu pun kau still maki aku..ceh!bleh blah r!cukup la sebanyak tu je aku mintak maaf kat kau..lantak kau r..malas dah aku nak layan..lepas ni x yah nak baik2 dengan aku..lantak la apa orang nak kata..bengong!
Uish sue ni!nampak je lembut..tapi sumpah seranah gak..(mungkin ada yang fikir camtu bila baca semua ni)
Ala..aku manusia biasa gak..cuma aku x tau nak maki orang depan2 je..still boleh kawal..tapi kalau aku sorang2 terkeluar je perkataan2 yang x sepatutnye disebut tu..baru lepas tensen aku..
Argghh..lupakan saja semua ni..lebih baik aku tido je.. -sue chan-
Monday, 4 January 2010
Akhirnya..
Mulai esok x perlu lagi pergi keje..hmm..happy?sedih?ntah..
ape ntah nama benda nih
benda ni aku nak gantung dalam kereta aku nanti kot..hehe
rantai
beg uncang buatan tangan
Sunday, 3 January 2010
Hari ini
xpe2..kali ni je aku tolong diorang..Walaupun sepatutnya aku dah berhenti keje semalam,tapi sebab dirayu jugak supaya keje lagi at least sampai esok,aku mengalah.
Sebelum ni dah puas aku cakap;
"sori la,saya memang btol2 dah sibuk dengan study nih,memang dah x nak teruskan lagi keje ni"
Tapi,chief aku ni duk mintak jugak aku fikir balik.Katanya jangan hanya fikirkan keadaan aku je,tapi fikirkan jugak keadaan diorang kalau aku berhenti nanti.Siap mintak tolong pengurus besar pujuk aku gak.Pulak dah..bagus sangat ke aku buat kerja sampai diorang susah nak lepaskan aku?ayo..(perasan la plak..hehe)
Bila dah dirayu banyak kali sangat,aku pun cakap camni,
"boleh,tapi dengan syarat naikkan gaji saya untuk 3 hari last tu"
(aku harap sangat aku cakap camni hari tu..malangnya aku x mampu berkata begitu..ceh,bajet cam pekerja terbaik je..haha)
"Adeh,sue chan,jangan nak perasan lebih la,diorang nak pergunakan ko je tu sebab diorang nak cuti raya";kata naluri jahatku.
ish2..biar la.x baik bersangka buruk kat orang.Macam mak aku kata;"xpe la,kita tolong orang,lepas ni dah x leh tolong dah.Buat baik dibalas baik.InsyaAllah.."
Owh,thanks atas nasihat yang bagus tu mak.Sue akan cuba jadi budak yang lebih baik.Tapi sekarang memang dah baik pun..hehe(perasan lagi..ayo)
Tapi ye la,aku faham.Sambutan tahun baru leh dikatakan sambutan paling besar kot bagi orang Jepun nih.Sebagaimana kita sambut Raya Aidilfitri secara besar-besaran,camtu la diorang sambut tahun baru.So cam teruk skit kot kalau aku berhenti time diorang sibuk nak cuti sebab nak beraya.ceh!dah tau nak beraya tutup je la kedai ooi!Jepun ni memang la..asyik kerja,kerja,kerja..ish2..tensen2
Yosh!esok sehari je lagi aku kena pergi kerja.Lepas ni aku bebas!
Eh,x bebas gak..cuma lepas ni boleh la tumpu betul2 kat my study.Dan yang pastinya lepas ni boleh la aku join setiap aktiviti yang kawan2 aku plan.Sebelum ni asyik x leh join je sebab baito nih. Ye la,kalau kerja,dapat la duit tapi xde masa pulak nak enjoy sangat.Kalau x kerja tapi selalu enjoy,duit habis..tu je la kesimpulannya..hehe..
*Ada beberapa orang dah perasan something tapi x berani tanya.But at last ada yang cuba nak korek rahsia.Wei,bleh duk diam2 x!Bagi la peluang kat aku nak hidup tenang skit..Ayo..lakonan aku x cukup berjaya la ni ek..huhu..Just wait and see je la..
*Rasa nak makan tapi tahan sebab dah tengah malam.owh,tensen2..sabar je la sue chan ooi~
Friday, 1 January 2010
Tahun Baru di bumi SAKURA
Satu lagi yang sinonim dengan tahun baru di sini ialah x lain x bukan,'FUKUBUKURO'.
Tapi aku x pernah pun pergi berebut2 beli benda tu.haha..ntah..sebab x leh nak pilih kot..
Dan hari ni,sempena tahun last aku sambut tahun baru kat sini,aku keluar shopping dengan kawan2,walaupun hakikatnya xde mood pun nak shopping.X kisah la,saje nak keluar jalan2.Daripada terperap sorang2 kat dalam bilik ni,sangat lonely.tensen.huhu..
Sampai2 je kitorang lunch dulu dengan sushi.Walaupun aku x berapa suka makan sushi,tapi demi diorang yang nak makan sangat,aku terpaksa mengalah.owh!
Last2 aku makan sushi telur dan sushi udang goreng je la jawabnya..(sebab aku x suka makan ikan la)
Hari ni cuaca cerah.So Gunung Fuji dapat dilihat dengan jelas dari situThen baru la kitorang stat shopping.Aku yang asalnye x nak beli pape akhirnya terrrbeli jugak satu baju.haha..x tahan sebab jadi sangat murah lepas potongan harga.SALE di mana2.Ayo~
Budak2 berkerumun nak tengok benda ni.. (KAMEN RIDER??)
crepe with choco,banana & whipped cream..nyum2
Taiyaki(salah satu kuih tradisional jepun,memang berbentuk ikan camni)
TAIYAKI berinti kastad












