Sunday, 28 February 2010
Tsunami
Huhu..takut2..
Tapi nasib baik la Yamanashi ni xde laut.Dikelilingi gunung-ganang je..
So iAllah tsunami tu x sampai ke sini melainkan ketinggiannye melebihi gunung-ganang yang ade tu..
Ish..
Sebulan lagi aku kat sini..Harap2 dalam tempoh tu x terjadi bencana2 alam yang buruk.
huhu..
Btw esok aku ada presentation.Ni la yang last.Kalau dah habis yang ni,bermakna dah selesai la pengajian aku selama 4 tahun kat sini.
yosh!
semoga semuanya berjalan dengan lancar..doakan aku ye! -sue chan-
Monday, 22 February 2010
Lega..
Fuh..akhirnya siap jugak..dah lega even kena prepare untuk presentation pulak..at least satu kerja dah settle..Alhamdulillah..
So hari ni aku nak balik awal la..malas nak duk kat lab ni lama2..
X makan pape lagi dari pagi tadi..sangat lapar..
Kat rumah ada nasi dengan ayam goreng..nak balik makan la..
Dah boleh makan dengan tenang..hehe -sue chan-
Friday, 19 February 2010
Saat2 Genting
Tensen sangat2 sehinggakan air mata keluar bercucuran masa tengah buat tadi..hmm
Aku x tau la kalau orang lain camne,tapi di saat2 camni aku terasa sangat nak dimanja2kan, terasa sangat nak family ade di sisi.Tapi nak buat camne, diorang jauh..terpisah dengan lautan..huhu
Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu(aku x duduk kat asrama), bila minggu exam je, aku dilayan seperti puteri raja kat rumah. Mak ayah aku bukan saja x suruh aku buat pape keja rumah,malah mak aku siap hidangkan air masa aku tengah study.Bila lapar,makanan dah sedia terhidang kat dapur.waaaa...bestnya kalau boleh dapat layanan camtu sekarang..Isk2
Disebabkan aku kurang suka makanan Jepun, aku selalu masak sendiri.So bila x de masa untuk masak cam sekarang ni, lagi la bertambah tensen tu.Hari ni makan megi dengan roti je..huhu
Kalau sebelum ni aku x pergi pun lab masa hujung minggu,tapi esok dan lusa aku terpaksa pergi.Kena pergi jugak sebab tadi sensei suruh buat jugak satu lagi eksperimen.Ni semua sebab keputusan eksperimen aku selama ni yang x seperti yang dijangkakan.Banyak pulak kena pikir sebabnya.Banyak pulak kena fikir camna nak mengarang dengan baik.Dalam bahasa Jepun lak tu!Wargggghh!
Padahal hari Isnin depan sebelum pukul 5 petang dah nak kena hantar tesis ni.Owh! Sempatkah? Sangat takut..huhu..Ya Allah,berikan kekuatan padaku..amin..
Aku rasa jeles sebab dah ramai kawan aku kat sini yang dah settle tesis dan presentation.Bertambah jeles bila dengar ramai di antara diorang yang sensei x cek dan x baca pun tesis diorang.
Owh,alangkah indahnya kalau sensei aku pun camtu..X perlu la aku edit banyak kali macam sekarang..sangat teliti..adeh..bukan senang nak berjaya kan?huhu
Hmm..x tahan..nak makan nasik jugak..nak pegi masak la dulu..
Owh,sayur xde pulak..
Xpe la,guna je apa yang ada..huhu -sue chan-
Sunday, 14 February 2010
Soubetsukai(Farewell Party)

Gambar dengan frame besar nih
Digital Photo Viewer
Tapi yang paling bestnya disebabkan aku dapat vote terbanyak untuk kategori 'The Best Dressing of The Night' ,dapat hadiah special lagi..hehe

helikopter mainan
So happy.. :)
Thanks kohai2 sekalian.. -sue chan-
Wednesday, 10 February 2010
Peristiwa Yang Membuatkan Aku Senyum Sorang2..
Sedang aku mengangkut buku2 dengan kuantiti yang banyak,tetiba TANPA DISENGAJAKAN buku2 tu jatuh bertaburan kat atas lantai.Kebetulan pulak ade seorang jejaka yang betul2 tengah lalu kat depan aku masa tu(budak sama batch dengan aku).Bila jadi camtu dia cepat2 tolong kutipkan buku2 tu untuk aku...dan mata bertentang mata..haha..Dah la betul2 kat depan sekumpulan orang yang tengah tengok tv.Semua lelaki pulak tu.Adeh..maklumla aku ni pemalu orangya..owh..haha..
Masa tu aku terfikir;
"ish,macam dalam citer pulak..x sangka berlaku kat aku..tapi..ala..kalau la..(sambungan ayat ni terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu..haha)..hmm.."
Then after ucap terima kasih kat jejaka tu,aku pun blah sambil berfikir dan berfikir lagi..haha
Peristiwa berikutnya pula berlaku masa aku 2nd year kat Jepun ni.Kejadian yang hampir sama cuma bezanya kali ni aku x terjatuhkan buku,tapi duit syiling.Masa tu aku sedang berjalan sorang2 dalam kawasan universiti sambil kira duit kat tangan.Tetiba TANPA DISENGAJAKAN beberapa keping duit syiling jatuh tergolek kat atas tanah.Masa tu seingat aku orang x ramai kat area tu.Yang x sangkanya kebetulan ada sorang mamat jepun yang betul2 tengah lalu kat depan aku dari arah bertentangan.Mamat ni pun seperti jejaka tadi,dia cepat2 tolong kutip salah satu duit syiling yang aku terjatuhkan tu.
dan masa tu aku terfikir lagi;
"ish,macam dalam citer pulak..x sangka berlaku kat aku..tapi..ala..kalau la..(sambungan ayat ni terpaksa dirahsiakan juga..haha)..hmm"
dan seperti kejadian sebelum ni, after ucap terima kasih kat mamat tu,aku terus berlalu pergi sambil berfikir dan berfikir lagi..haha
Bila aku teringat tentang kedua-dua kejadian yang berlaku tu,aku tersenyum sorang2 sambil berfikir lagi; "kalau la.."
Yang pastinya,semuanya berlaku TANPA DISENGAJAKAN.Haha..macam2.. -sue chan-
Saturday, 6 February 2010
Permintaan Terakhir..
Musim bunga menjelang tiba lagi..masa ni la musim buah strawberi..tengah murah..best2..heheBtw semalam aku keluar makan dengan mak angkat and kakak angkat aku.Lepas tu kakak tu ajak singgah rumah dia.1st time pergi sana.Pastu yang bestnya dapat hadiah lagi..ni semua benda2 yang dijadikan hiasan dalam rumah dia..owh,kenapa la suka sangat bagi hadiah kat aku..dahla aku ni dah malas nak layan diorang..owh..terharu..huhu
Rupa,kelembutannya betul2 macam roti sebenar.Siap ade bau roti lagi.fuhh..kagum..sebab aku kagum la kot dia bagi ni..hehe
yang ini pun sama..melon bun

Kewpie
Chopper Man
yang lain2 ni apa ntah
*baru je dapat mesej dari sorang kakak jepun yang kerja dengan aku dulu.Dia ajak aku join parti dia dan 2 orang lagi kawan kitorang..and ada permintaan supaya aku masak makanan Malaysia jugak..owh..cam malas nak masak..hmm..tapi kalau masak sorang2 untuk 4 orang makan ok lagi kot..xpe la..aku akan cuba penuhi permintaan terakhir diorang tu..InsyaAllah
*siang tadi before keluar makan dan beli barang2 dapur,aku dapat petanda x baik.Owh,buat aku berdebar2 je..Tapi sememangnya ternyata itu memang betul2 petanda buruk buatku sebab x lama lepas aku keluar rumah,satu kejadian yang x diingini berlaku..huhu..nak buat camne..benda dah tejadi..masa dah x boleh diundur lagi..hmm..tuhan nak uji aku..sabar je la.. -sue chan-
Tuesday, 2 February 2010
Masa itu hampir tiba..

kelihatan pokok2 atas gunung-ganang di sekeliling rumahku yang dilitupi salji
So time sejuk2 ni,

heater ini
dan kaki harimau ni penting buatku..hehe
Hmm..hanya tinggal 2 bulan je lagi sebelum aku meninggalkan bumi sakura ni..Lepas balik nanti rasanya dah susah nak dapat peluang untuk datang sini lagi..huhu..tetiba kurasakan bagaikan begitu cepatnya berlalu 4 tahun kehidupan yang aku lalui di sini..
Kalau sebelum ni aku selalu homesick,selalu merungut sebab terpaksa selalu kena masak kalau nak makan masakan Melayu..yang menyebabkan aku berharap sangat supaya cepat2 boleh balik ke Malaysia..Dan akhirnya masa tu akan tiba x lama lagi..InsyaAllah..Yeay!
Mak,ayah,adik2,abang2,kakak2,orang kampung!nantikan kepulanganku nanti ye!hehe..
Sebelum ni aku ingat aku sorang je yang dah x sabar nak balik,tapi rupa2nya aku tengok memang kebanyakan kawan2 perempuanku yang lain pun sudah x sabar2 untuk balik..hmm..kenape agaknya ek?
Nak balik kawen?dah x sabar nak keje?tensen duk kat sini?atau dah x sabar nak balik duduk dengan family pulak setelah sekian lama tinggal berjauhan dengan keluarga?hmm..bagi aku,aku dah tensen duduk sorang2 kat sini..lagipun tensen jugak dengan pilihan makanan2 halal yang x banyak..nak makan KFC?McD?jangan harap la boleh makan kat sini..owh..huhu
Tapi sebelum balik,aku harap sangat dapat nikmati pemandangan bunga sakura buat kali terakhir..dan yang paling penting,doakan kejayaanku ye! :)*ada sorang kohai lelaki aku yang cakap camni;
"lelaki bertuah kalau dapat jadi kekasih pertama dalam hidup seseorang perempuan tu tapi perempuan bertuah kalau dapat jadi kekasih terakhir dalam hidup seseorang lelaki tu"
ye ke ek?hmm..-sue chan-
