Followers

Wednesday, 10 February 2010

Peristiwa Yang Membuatkan Aku Senyum Sorang2..

Peristiwa ini berlaku ketika aku masih dalam program Rancangan Persediaan Ke Jepun kat Universiti Malaya. Aku ingat lagi hari tu aku and the geng sibuk pindahkan barang dari asrama kolej 11 ke kolej 12.Penat giler sebab banyak barang perlu dipindahkan dalam masa sehari tu.Dah la kena buat sorang2.owh..

Sedang aku mengangkut buku2 dengan kuantiti yang banyak,tetiba TANPA DISENGAJAKAN buku2 tu jatuh bertaburan kat atas lantai.Kebetulan pulak ade seorang jejaka yang betul2 tengah lalu kat depan aku masa tu(budak sama batch dengan aku).Bila jadi camtu dia cepat2 tolong kutipkan buku2 tu untuk aku...dan mata bertentang mata..haha..Dah la betul2 kat depan sekumpulan orang yang tengah tengok tv.Semua lelaki pulak tu.Adeh..maklumla aku ni pemalu orangya..owh..haha..

Masa tu aku terfikir;

"ish,macam dalam citer pulak..x sangka berlaku kat aku..tapi..ala..kalau la..(sambungan ayat ni terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu..haha)..hmm.."

Then after ucap terima kasih kat jejaka tu,aku pun blah sambil berfikir dan berfikir lagi..haha

Peristiwa berikutnya pula berlaku masa aku 2nd year kat Jepun ni.Kejadian yang hampir sama cuma bezanya kali ni aku x terjatuhkan buku,tapi duit syiling.Masa tu aku sedang berjalan sorang2 dalam kawasan universiti sambil kira duit kat tangan.Tetiba TANPA DISENGAJAKAN beberapa keping duit syiling jatuh tergolek kat atas tanah.Masa tu seingat aku orang x ramai kat area tu.Yang x sangkanya kebetulan ada sorang mamat jepun yang betul2 tengah lalu kat depan aku dari arah bertentangan.Mamat ni pun seperti jejaka tadi,dia cepat2 tolong kutip salah satu duit syiling yang aku terjatuhkan tu.

dan masa tu aku terfikir lagi;

"ish,macam dalam citer pulak..x sangka berlaku kat aku..tapi..ala..kalau la..(sambungan ayat ni terpaksa dirahsiakan juga..haha)..hmm"

dan seperti kejadian sebelum ni, after ucap terima kasih kat mamat tu,aku terus berlalu pergi sambil berfikir dan berfikir lagi..haha

Bila aku teringat tentang kedua-dua kejadian yang berlaku tu,aku tersenyum sorang2 sambil berfikir lagi; "kalau la.."

Yang pastinya,semuanya berlaku TANPA DISENGAJAKAN.Haha..macam2.. -sue chan-

No comments: