Followers

Friday, 19 February 2010

Saat2 Genting

Rehat kejap dalam kesibukan menyiapkan tesis..

Tensen sangat2 sehinggakan air mata keluar bercucuran masa tengah buat tadi..hmm

Aku x tau la kalau orang lain camne,tapi di saat2 camni aku terasa sangat nak dimanja2kan, terasa sangat nak family ade di sisi.Tapi nak buat camne, diorang jauh..terpisah dengan lautan..huhu

Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu(aku x duduk kat asrama), bila minggu exam je, aku dilayan seperti puteri raja kat rumah. Mak ayah aku bukan saja x suruh aku buat pape keja rumah,malah mak aku siap hidangkan air masa aku tengah study.Bila lapar,makanan dah sedia terhidang kat dapur.waaaa...bestnya kalau boleh dapat layanan camtu sekarang..Isk2

Disebabkan aku kurang suka makanan Jepun, aku selalu masak sendiri.So bila x de masa untuk masak cam sekarang ni, lagi la bertambah tensen tu.Hari ni makan megi dengan roti je..huhu

Kalau sebelum ni aku x pergi pun lab masa hujung minggu,tapi esok dan lusa aku terpaksa pergi.Kena pergi jugak sebab tadi sensei suruh buat jugak satu lagi eksperimen.Ni semua sebab keputusan eksperimen aku selama ni yang x seperti yang dijangkakan.Banyak pulak kena pikir sebabnya.Banyak pulak kena fikir camna nak mengarang dengan baik.Dalam bahasa Jepun lak tu!Wargggghh!

Padahal hari Isnin depan sebelum pukul 5 petang dah nak kena hantar tesis ni.Owh! Sempatkah? Sangat takut..huhu..Ya Allah,berikan kekuatan padaku..amin..

Aku rasa jeles sebab dah ramai kawan aku kat sini yang dah settle tesis dan presentation.Bertambah jeles bila dengar ramai di antara diorang yang sensei x cek dan x baca pun tesis diorang.

Owh,alangkah indahnya kalau sensei aku pun camtu..X perlu la aku edit banyak kali macam sekarang..sangat teliti..adeh..bukan senang nak berjaya kan?huhu

Hmm..x tahan..nak makan nasik jugak..nak pegi masak la dulu..
Owh,sayur xde pulak..

Xpe la,guna je apa yang ada..huhu -sue chan-

2 comments:

Nadiene said...

tetibe aku sayu dengar lagu mirae ni..hmmm

xpe, ko wat slow k, jgn tensen2... lepas grad ni, xlame lg kan,,ko rilek la puas...

gud luck fren!

sue chan said...

huhu..tq fiD..