Khamis lepas aku pergi ke Tokyo dengan 2 orang kawan untuk jalan2 sambil shopping.
Mula2 kitorang pergi ke Akihabara atau lebih dikenali dengan Akihabara Electric Town.Bandar ni la bandar barangan elektrik terbesar di Jepun ni.Kiranya kalau sesapa datang melancong ke sini, x lengkap la kalau x singgah kat bandar ni.
Kalau nak tau kuasa elektrik kat Jepun ni hanya 100V sahaja sedangkan di Malaysia kita guna elektrik dengan kuasa 240V.Jauh giler bezanya kan.
So kalau kita beli barangan elektrik kat kedai elektrik biasa di Jepun ni,kita kena guna transformer supaya barang tu boleh digunakan di Malaysia.Kalau x meletup la jawabnya kan..
Satu lagi kalau kita beli game software kat kedai2 biasa ni,semua panduan yang diberikan adalah dalam bahasa Jepun.Mungkin la murah berbanding harga di Malaysia tapi kalau orang x faham bahasa Jepun x leh main la kan..
Begitu juga laptop dan komputer,semua software2 yang dah dimasukkan dalam komputer tu adalah dalam bahasa Jepun.So sama la macam yang aku sebut tadi.Kalau orang x tau bahasa Jepun,konfem la x tau camne nak guna komputer tu.
Kamera pun sama la.Setahu aku kalau kamera jenis Canon biasanya memang boleh disetting bahasa ke bahasa English tapi kalau jenama lain,biasanya hanya disetting dalam bahasa Jepun sahaja terutamanya kamera jenama Sony.(Sebab tu la aku beli kamera Canon,senang citer..heheh)
Ok,berbalik kepada cerita tentang Akihabara tadi.Dalam Jepun ni,hanya di bandar ini saja yang ada kedai elektrik international dan kat kedai2 ni la terdapat barang2 elektrik yang boleh digunakan kat negara2 lain di seluruh dunia.
Semua barang elektrik yang dijual di kedai2 tu dah disetting ke bahasa Inggeris dan kebanyakan yang aku tengok,harganya memang lebih mahal la berbanding dengan yang dijual di kedai2 biasa.Ada je yang murah tapi kena pandai2 cari la.Tapi penat la kalau nak pergi survey harga kat semua kedai yang ada tu.Sangat banyak dan bandar ni agak besar la jugak.Dah la orang sentiasa ramai.Pening2..haha(Maklum la Yamanashi ni kampung je..x biasa la pulak dengan suasana bandar2 besar camnih)
Yang specialnya kedai2 ni semuanya duty-free dan kalau pelancong datang tunjuk passport,diorang boleh beli barang kat kedai2 tu dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga biasa. Kalau satu kedai yang kitorang pergi tu,kadar diskaunnya adalah 5%.Kalau kat kedai lain aku x sure la pulak sama ke x.Tapi yang pastinya memang boleh dapat harga lebih murah la kalau tunjuk passport dengan syarat belum tinggal di Jepun lebih dari 3 minggu(kalau x silap aku la..)
Akhirnya lepas masing2 dah dapat beli barang2 yang dihajati(sempai aku beli sebijik handy cam SONY,kohai aku beli satu digital tv 32 inchi,aku?ada la..mane leh cakap..hahah),kitorang bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Harajuku.Kalau nak tau lebih lanjut tentang tempat ni,klik kat link di bawah.Aku dah x tau lagi nak citer camne..haha
http://en.wikipedia.org/wiki/Harajuku
Lepas shopping skit kat situ,kitorang pun berkejar2 naik train ke Shinjuku station untuk naik bas pulang ke Yamanashi ni. Fuh..penat giler.
Seharian bersesak2 dalam train yang sentiasa penuh,jalan laju2 sambil bawak barang2 shopping yang agak berat tu,owh!Memang sangat penat lah!
Habis duit,habis tenaga x kisah la,yang penting ada kepuasannya yang tersendiri..heheh -sue chan-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
kamu dh nak balek mlysia kan? syokkla jejalan sane... hmmm, harajuku tu penuh dgn fesyen jalanan,, dulu pernah join,hehehe...
org jepon respek bahasa sendiri...
yup,dah habis blaja,dah nak balik hujung bulan nih..heheh
eh kamu pernah join?kat Harajuku?pernah datang Jepun ke?
Post a Comment