Followers

Sunday, 27 December 2009

snowboard

Musim sejuk tiba lagi.Bila sebut musim sejuk mesti akan terbayangkan salji.Malangnya salji x berapa nak turun kat tempat aku yang duduk sekarang ni(Yamanashi larr)..ish2

Sebelum ni aku akan join budak2 sini pegi main snowboard sekali setahun dan semestinye bukan di sini tapi di Nagano.Begitu juga kali ni.Lagipun tahun ni adalah the last year aku kat sini,last winter dan segala2nya adalah yang terakhir buatku..sedih lak bila fikirkan..huhu

Walaupun sangat letih and sakit2 badan terutamanya bahagian bahu,aku x kisah.Yang penting hatiku puas.At least dapat lupakan buat seketika segala masalah yang ada.Lupakan tentang sekolah,lupakan tentang 'itu'.Tapi disebabkan ada yang x habis2 duk timbulkan topik2 berkaitan 'itu',camne aku nak lupakan kan.ish2 tensen2.Tapi apa nak buat.Kadang2 lakonan tu sangat penting di saat2 terdesak.Sesungguhnye hidup ni x lari dari kepura-puraan.hmmmm..

Meluncur,jatuh tergolek,bangun,meluncur dan jatuh lagi.Memang la agak menyakitkan bila jatuh tu tapi kepuasan tu tetap ada.Bila rasa penat skit,baring2 dulu kat atas salji,lihat langit biru yang terbentang luas,awan2 yang bergerak.waah,rasa sangat tenang.Begitu indahnya ciptaan tuhan.
Berfikir tentang segala2 nya yang berlaku dalam hidupku selama ni,dugaan2 yang ku lalui selama 4 tahun berada di sini.Mungkin ni la kali terakhir aku boleh nikmati semua ini.
Bertuah?ye,mungkin aku bertuah sebab x semua orang dapat peluang sebegini.. hmm..memang aku patut bersyukur dengan semua ini..Alhamdulillah..

25hb12 : Seawal jam 7pagi,kitorang bertolak ke Nagano menaiki bas.Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.xde la jauh sangat pun..

Antara pemandangan2 yang dapat dinikmati sepanjang perjalanan ke Nagano

Kitorang tiba di hotel dalam pukul 11 pagi.Lepas check in and simpan barang2 dalam bilik yang disediakan,kitorang terus bersiap sedia untuk main.

Bagi orang yang still x pro lagi cam aku nih(masih di takuk lama la..ayo),aku xde la sampai beli semua peralatan untuk main benda nih.So aku just guna rental baju,boots and board.Kena bayar 4000yen=RM150 untuk pinjam selama 2 hari.Mahal tapi berbaloi la bagi aku..

Tiket untuk main kat tempat tu

Kena naik gondola ni untuk ke tempat yang lebih tinggi
(masa mula2 naik dulu gayat gak,tapi sekarang rasa biasa je..hehe)
Gambar ni diambil dari puncak tertinggi yang aku naik semalam.sangat curam and dah tobat x nak naik lagi.haha..cukup la try naik sekali je..
Dinner kat hotel.Sangat x best sebab makanan yang boleh dimakan hanya beberapa jenis je.tensen2
Ni namanya UDON.Makan masa lunch semalam(26hb12)
26hb12 : Bertolak pulang ke Yamanashi dalam pukul 530petang.

*cerita yang agak berterabur kan?haha..aku memang x reti sangat nak buat karangan.huhu..tapi xpe la,yang penting aku dapat luahkan apa yang aku rasa,dapat tulis apa yang aku nak tulis..asalkan hatiku puas..
-sue chan-

3 comments:

snh said...

fuh...bila la mlysia nk turun snow

sue chan said...

kalau turun tu petanda nak kiamat la tu..

bada said...

salam...sue

boleh tinggalkan email tak?
saya nurul..from korea,
ingat nk bertanya pasal jepun
ingat jugak nak melawat jepun
tapi tak tahu camner, klau sudi, sila email gmail sy

skygur85@gmail.com