Followers

Sunday, 20 December 2009

Mak cik Nepal

Tadi masa tengah kerja,ade sorang mak cik Nepal ni(berumur dalam 30 lebih kot) datang shopping.Sebelum ni aku memang selalu nampak dia dan dia nih memang suka sangat datang borak2 dengan aku.Tapi aku x tau la camne aku leh borak dengan dia selama ni sebab mak cik ni dahla x bape reti cakap english,cakap jepun pon dia x pandai.Dia cuma tau beberapa perkataan je dan dengan perkataan2 tu je la biasanye kitorang borak.haha..senyum sorang2 aku bila teringat pasal dia..

So tadi bila nampak aku dia pun sengaja la datang kat aku and cakap;

"hisashiburidesne.." (lama kita x jumpa kan)

aku pon jawabla,"aah ye la,sejak akhir2 ni x datang sini ek?"

(dahi dia sedikit berkerut,mungkin tengah cuba memahami apa yang aku tanya tu)

"iie2! asatte no asatte no asatte,hiruma.."

Dalam hatiku,"hah!!ape maksud dia nih???"

hiruma tu maknanye siang hari..
asatte tu maknanye lusa,asatte no asatte maknanya lusa punye lusa,so x kan la dia nak cakap, "eh xde la,saya dah datang lusa punya lusa tau,tapi waktu siang!"

haha..tapi bila aku fikir betul2..dia nak cakap 'kelmarin'kot,tapi silap guna perkataan bermaksud lusa tu..haiya!

Pastu dia tanya lagi,"genki?" (sihat ke?)

"aah, saya sihat je"

"jya,gambattene!bye!"(oklah,work hard!bye!)

*dia biasanye guna perkataan yang aku highlight dengan kaler biru kat atas dan beberapa ayat simple lain sebab dia just tau perkataan2 basic camtu je.So bila fikir2kan,aku rasa pelik gak camne la aku leh borak2 dengan dia selama ni..hmm..maybe sebab banyak guna isyarat kot..haha

Aku tau banyak benda yang dia nak cakap dengan aku,cuma sebab x tau nak bagitau camne je..huhu..kesian pulak kat dia..terharu aku sebab beria2 dia nak kawan dengan aku..hehe

Yang pastinya apa yang aku faham setakat ni;

  • mak cik ni keje kat sini sebagai orang gaji(bos dia orang Nepal gak kot,ntah) tapi dia x suka sangat dengan kerja dia tu,susah katanya..
  • bulan 10 or 11 tahun ni dia ada balik Nepal kejap
  • dia sokong aku keje kat situ sbb dia selalu duk ulang ayat ni, "nice job,very nice job"
  • katanye ramai kawan dia pegi keje kat Malaysia
  • dia suka minum susu
  • dia beragama hindu,family dia vegetarian,tapi katanya suka sangat makan daging babi..owh

Aku ingat lagi dulu ada skali tu,dia punye la nak citer something kat aku,tapi malangnya aku x faham2 gak..adeh..tensen2.Penat aku cuba memahamkan apa yang dia cuba nak sampaikan tu sampai x bape leh nak fokus untuk buat kerja masa tu..haiya!last2 aku angguk2 je la..huhu..sory la mak cik..aku terpaksa..

Oh ye,btw tadi mak cik yang aku citer sebelum ni tu ada datang gak,siap borak2 dengan aku lagi..haha

"Kamu boleh je makan roti2 camni kan?"(sambil tunjuk sebungkus roti yang dia nak beli)

" x jugak mak cik,kalau keluaran syarikat ni x leh makan la.."

"oo..biasanya mak cik beli roti keluaran syarikat xxx tau,tapi kali ni nk try beli roti ni plak"

"oo ye ke..tapi roti ni lagi murah kan?"

"aah btol2,ada sebungkus lagi yang dah dipotong harga 50% tu,kamu x nak beli ke?tapi kalau beli masa tengah kerja,nanti kamu kena marah plak kan? "

Dalam hatiku"oh mak cik,kan saya dah cakap tadi saya x leh makan roti ni..ayo"(tensen di situ,haha)

Pastu aku jawab,"hmm,tapi kalau cakap dulu kat bos,and dia benarkan,bleh je beli sekarang..tapi kalau kira memang la salah dari segi peraturan kerja.."

"aah kan,betul jugak tu..hmm,skarang ni sejuk,kamu jaga la diri baik2 ye supaya x kena selsema.Kat Malaysia panas kan?tapi x pe la,kamu dah lama duk sini.mesti dah biasa kan?"

*rasa terharu pulak bila dia kate camtu

"aah,dah biasa la mak cik..hehe"

"jya,gambattene.."kata mak cik tu sambil berlalu pergi..(tapi dia x balik lagi lepas tu,lama lagi dia ada kat situ,cam biasa la..haha)

"hait,arigatou gozaimasu"(baiklah,terima kasih);kataku sambil tunduk2 skit sebagai tanda hormat..

Dan lepas tu aku tersenyum sorang2 lagi..hehe -sue chan-

2 comments:

balqissy said...

sue, org agama hindu xleh mkn daging lembu je la. daging lain dorg leh mkn ;)

sue chan said...

tu r,sy tau camtu tp kan biasanye kl org india yg dtg shopping diorang akn tnye ade x daging dlm makanan yg diorang nk beli tu x kire la daging ape pon..n mak cik nepal tu pon prnah bgtau yg sbenanye x leh makan daging babi pon,,ntah..x faham gk..haha