Followers

Friday, 11 December 2009

Ada Apa dengan CINTA?

Oh bosannya..tetiba teringat pulak kisah tragis seorang penduduk kampungku..huhu..bagaikan sebuah drama melayu dahulu kala..macam tipu tapi benar2 berlaku..

Alkisahnye ada la satu pasangan bahagia ni tengah hangat bercinta..memang masing2 saling mencintai and sedang berkira2 membuat perancangan untuk berkahwin..

Nak dijadikan cerita,ayah kepada si perempuan yg sudah lama menduda tiba2 kahwin lagi dengan seorang janda.Si perempuan ni suka ke x sbenanye tu aku x tau la,tapi tanpa disedari itulah permulaan kepada nasib malang dalam hidupnya..huhu

Bak kata orang,langit x selalunya cerah..ikatan yang telah dibina sejak sekian lamanya terpaksa diputuskan..sebabnya si ibu tiri ni mendakwa si lelaki itu seorang penagih dadah dan sangat teruk orangnya..so bila si ibu tiri dah mendesak supaya diorang berpisah,si ayah nya ikut je la bulat2 tanpa menyiasat kebenaran dakwaan itu terlebih dahulu..ini la orang kata,bila cinta dah mengaburi mata,cinta itu memang buta kan..owh,sungguh malang nasib perempuan itu..

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga,dah la dipaksa berpisah dengan kekasih hati,dia dipaksa pula berkahwin dengan sepupu tiri yang x dikenali langsung sebelum itu..tapi nak buat camne,perintah bapa terpaksa dituruti juga walaupun hati x rela..huhu

Tapi x cukup dengan itu,selepas kahwin baru la perempuan tu tahu rupa2nye suaminya itu seorang penagih dadah..tapi apa nak buat,dia sudah sah bergelar isteri kepada lelaki itu..waarghh..sangat kesian..apa yang lagi menyedihkan lama kelamaan perempuan itu menjadi sedikit gila..x tentu hala jadinya..dek tekanan hidup yang melampau itu..

Tahun berganti tahun,daripada xde anak dah ade anak,dari seorang jadi 2 orang dah(kalau x silap la)..setiap hari si perempuan ni meratapi nasib diri yang sangat malang itu..jiran2 hanya mampu memberi sokongan moral je la..turut simpati dengan nasibnya itu..dirinya x tau apa tindakan yang patut dilakukan,sudah x mampu untuk berfikir secara rasional lagi..dan sehingga sekarang penderitaannya masih lagi berterusan..huhu

Owh ye,nak tau ape jadi pada kekasih hatinye dulu tu?si lelaki itu sudah pun berkahwin dan hidup bahagia bersama isteri dan anak2 nya..dan dakwaan si ibu tiri tadi hanyalah palsu semata2..rupa2nye si ibu tiri tu memang x suka mak si lelaki ini..hmm..jahat betul si ibu tiri tu kan?wujud gak rupa2nye ibu tiri camtu..ceh..

Mungkin itu sudah jodoh masing2..walaupun saling suka sama suka,x semestinya jodoh kita dengan orang tu kan?huhu..

Apa yang aku nak sampaikan kat sini sebenarnya,mungkin kita rasa hidup kita sangat malang,tapi kita x sedar ada lagi orang yang lebih malang dari kita..

Contohnya bila kita putus cinta,kita rasa sangat sedih,rasa hidup ini x bermakna lagi..terasa nak mati je..tapi kita harus sedar,bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor..(ayat biasa..hehe)..mungkin dia bukan jodoh kita..mungkin ada lagi orang yang lebih baik untuk kita..insya Allah..

Yang penting,kita dekatkan diri dengan tuhan..berdoa banyak2 supaya hati tenang,memperbanyakkan baca Al-Quran,dan insyaAllah hati kita akan menjadi tenang..percayalah..sesungguhnya diri ini pun x lari dari melalui semua itu tapi alhamdulillah,memang itu la cara yang terbaik sebagai penguat diri,pengubat hati..huhu

Mungkin tuhan hendak menguji kita,disebabkan kita lalai atau sudah lari dari landasan yang sepatutnya..Well,pape pun hidup mesti diteruskan..masih ramai lagi orang yang menyayangi kita dan memerlukan kehadiran kita di sisi mereka..yang lepas biar lah lepas..pengalaman itu kita jadikan pengajaran dalam hidup,supaya kita lebih berhati2 dan beringat2 pada masa akan datang..like a friend said,"think positive".. -sue chan-

1 comment: