Tadi aku join budak2 sini pergi main boling..beberapa minit before main tu tetiba kening kanan aku bergerak2 dalam 2,3 saat.So masa tu aku jadi terfikir2 la apa agaknya benda baik yang nak berlaku kat aku jap lagi.
"hmm..aku bakal jadi juara malam ni kot"
Pada mulanya memang aku terfikir camtu.Tapi bila dah baling bola beberapa kali,mata yang aku dapat sangat la x memberansangkan.Nak dapat spare pun susah apatah lagi strike.ayo!So kebarangkalian aku untuk menang boleh dikatakan amat rendah la.
Sampai la satu masa ni,ada satu pengumuman daripada pihak pengurusan tempat tu.Orang tu kata kejap lagi akan bermula satu event.Nak tau apa event tu?hehe..
Dalam masa 5 minit,sesape yang boleh strike akan dapat hadiah daripada diorang.Masa tu memang siap lampu dimalapkan and kat skrin depan dipaparkan kiraan masa 5 minit.So Semua orang cuba fokus supaya dapat strike sebab nak dapat hadiah.Berdebar2 gak la.haha..
masa hanya tinggal 52 saat je lagi..
Then keajaiban berlaku.jeng3..
Aku orang first kot yang strike dalam tempoh masa tu.owh~
Timing yang agak bagus.Even sebelum tu aku main cam hampeh,tetiba masa tu aku boleh strike.So dapat la hadiah.yeay!haha..gembira sangat.Maklumlah selama ni x pernah pun terjadi camni dalam hidupku.hehe..
Then sorang lagi kawan aku dapat gak.Tapi hadiah yang dia dapat tu x sebest hadiah aku kot.haha..nasib baik..walaupun x de la best sangat hadiah tu sebenarnya,tapi bukan senang nak lucky camtu kan?hehe..
Then habis masa..kitorang pun sambung main cam biasa..sambil main hadiah mainan yang aku dapat tu sementara menunggu giliran masing2..seronok.. :)
dan aku kembali dengan kutipan mata yang hampeh lagi..haha
Lebih kurang sejam kemudian,pihak pengurusan tempat tu buat lagi sekali event tu.Masa tu aku fikir dah x kisah la dapat ke x kali ni,sebab tadi kan dapat.Tapi keajaiban berlaku lagi..jeng3
Aku dapat strike untuk kali kedua.Dalam tempoh masa yang berharga pulak tu ..owh~sungguh x kusangka..Haha..
Kawan2 aku yang lain dah menunjukkan muka jeles dengan ke'lucky'an aku malam ni.sory la korang,hari ni hari lucky aku..hehe
Then sorang sempai aku dapat jugak strike.Kali ni kami dapat hadiah yang sama.Cuma warna je lain2..
Masa tu baru aku sedar bahawa rupa2nya ini la maksud petanda baik yang aku dapat sebelum ni..hehe


hadiah masa 1st event
Ada 2 batang kentang palsu dalam ni yang bertali.So dalam permainan ni,kalau sesape yang terambil kentang2 tu,tapak bekas tu akan tertarik ke atas dan kentang2 lain akan tercampak keluar.So orang tu dikira kalah la..haha..biasa je kan?tapi macam menarik untuk diguna masa cabut undi..hehe
hadiah masa event kali ke-2
Asalnya dalam plastik ni ada gel berwarna biru jernih dan kelihatan gambar smiley dalam tu.Then after plastik ni dipicit2 beberapa minit,gel tu bertukar jadi kaler putih dan mengeras macam dalam gambar kat atas.Yang ni pun biasa je kan?haha..Tapi bila dah bertukar jadi camni,benda ni jadi panas.So bagiku,benda ni berguna masa winter.Sebabnya,bila tangan kita jadi sangat sejuk,dengan hanya menggenggam benda ni,suhu tangan kita boleh kembali ke suhu biasa..at least ade la jugak kegunaannya..not bad la kan?hehe


Yang ni pulak stitch kaler pink yang aku dapat masa main mesin UFO CATCHER minggu lepas.Yang menariknya aku main ni dengan satu kupon free yang aku dapat dari pihak pengurusan tempat tu hari tu.So aku x perlu keluarkan duit pun untuk main benda ni.Yang ni pun 1st time dapat..hehe

Alhamdulillah..sesungguhnya semua ini adalah antara kenangan2 manis buatku sepanjang berada di bumi sakura ini.. :) -sue chan-

6 comments:
wah! benda yg leh panas tu guna nanoteknlgi kew? he
ntah..aku pun x tau..haha
nk maen nt bile balek tao
snh : xleh..kena belanja makan dl br bleh..hehe ;P
haha.... b4 snh men, ada g org len yg amek lu....haha :P
cmah chan : haha..itu semestinya
Post a Comment