Malam ni 1st time salji turun kat Yamanashi untuk winter kali ni.Tapi sekejap je pun..dah cair dah..owh..baru ingat nak buat snowman..hehe
Btw aku baru je balik dari parti besday budak kat sini.Banyak sangat makanan sampai x termakan..hehe..seronok :)
Tadi tengah kitorang duk syok borak2,tetiba terkeluar la cerita tentang sempai2 lama kitorang.Kisah yang aku nak citer ni adalah antara kisah yang paling best pernah berlaku kat diorang..haha..memang tergelak la kitorang bila ingat2 balik..masa tu aku dah ada kat sini pun..kalau x silap aku peristiwa ni berlaku 3 tahun lepas.Masa tu aku baru 1st year la kat sini..
Peristiwa ni berlaku pada suatu hari di musim panas..Ada 3 orang sempai lelaki yang tinggal serumah..Masa tu diorang tengah lepak2 dalam rumah kot.Then diorang terkejut bila tetiba sebatang pokok kat sebelah rumah sewa diorang tu terbakar.
Masa tu jiran2 Jepun diorang terus kecoh2 kat luar.Kalau x silap ada la antara diorang yang cuba padam api tu dengan air tapi aku x sure la berjaya padamkan ke x.Then x berapa lama kemudian,diorang terkejut lagi..sebab bukan saja 3 kereta bomba dan polis yang datang,malah siap ada wartawan sekali.Disebabkan jalan kat situ sempit,bomba2 tu siap merentas sawah yang ada kat depan rumah diorang untuk bawak pili air diorang yang panjang tu.haha..
Padahal sebatang pokok je yang terbakar..Tapi diorang punya la nak siasat punca kebakaran tu sampai siap ukur macam2 la.Adeh..haha..
So kesimpulan yang kitorang boleh buat ialah polis dan bomba kat sini sangat lapang..xde kerja sangat nak buat..Then even ada perkara kecik je pun yang berlaku,diorang akan bersungguh-sungguh la nak settle kan kot..haha..ntah -sue chan-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
rasanya memang sikap rakyat jepon macam tue,,
tengoklah PM diorang, salah ckit terus letak jawatan,, tak macam kat malaysia, dah wat salah tawu diam,
hmm..tu betul jugak..huhu
Post a Comment