Followers

Saturday 20 March 2010

Convocation Day di Jepun

Semalam,19hb Mac 2010 adalah hari konvokesyen kat universiti aku.Sekejap je..Ada beberapa ucapan,persembahan orkestra dan koir,penyampaian sijil,then habis.Majlis ni berlangsung x sampai 3 jam pon.Maybe sebab x semua orang kena naik pentas untuk ambil sijil masing2.Hanya wakil setiap course je yang naik pentas,ambil sijil semua rakan sekelas.Lepas habis majlis tu baru la setiap course buat majlis penyampaian sijil untuk setiap ahli2 kelas masing2.Simple je kan..

Entah kenapa masa dengar satu ucapan yang dibuat oleh sorang wakil pelajar ni,bila dia cakap

`walaupun kami berjauhan dari keluarga,tapi dengan pertolongan dari rakan2 dan sensei2 sekalian,kami dapat mengharungi segala dugaan yang menimpa dengan tabah.Terima kasih kerana banyak memberi sokongan kepada kami selama ini.`

Lebih kurang camtu la dia cakap.Tetiba air mata aku kuar time tu.Tetiba rasa terharu bila terfikir betapa tensennya selama ni.Bila terpaksa berjauhan dengan keluarga,bila 3 tahun berturut-turut2 x dapat balik raya kerana Jepun xde cuti raya,bila rasa sangat tensen disebabkan masalah2 tertentu tapi x dapat luahkan kat family kerana takut diorang bimbang,dan macam2 lagi la..huhu

Satu lagi,bila aku tengok mak ayah orang lain datang tengok anak diorang konvo,aku tetiba jadi jeles.Aku terfikir,`alangkah indahnya kalau mak ayah boleh datang tengok aku sekarang.Mesti diorang bangga tengok aku`.Huhu..
Tapi xpe la..nak buat camne..x mampu nak bawa diorang datang ke sini.Tiket flight pegi balik saja dah mencecah RM2k.X termasuk perbelanjaan untuk jalan2 kat sini lagi.

Papepun,minggu ni kena kemas dan kosongkan barang2 dalam bilik ni.Nak kena potong bekalan air,elektrik,internet lagi..Aish..leceh nya!Saba je la..
Kat bawah ni antara gambar2 yang aku ambil tadi..

Pompuan pakai hakama,lelaki pakai sut

ada bendera Malaysia di situ..bangga2 :)

persembahan koir

Sunday 14 March 2010

White Day di Jepun

Setiap tahun pada 14 March,orang Jepun menyambut White Day.

Apa orang buat pada hari ni?
X semua orang yang berpeluang menyambutnya kerana hari ni hari special buat pasangan kekasih.Kesiannya orang yang still single lagi kan?huhu

Kat sini,pada 14 Feb iaitu Valentine Day, perempuan yang bagi coklat kat mana2 lelaki yang diorang suka.Masa ni la ada yang mengambil peluang untuk meluahkan isi hati sebenar diorang kat si lelaki yang dicintai tu.cewah..(ayat skema giler..haha)

Berbeza dengan kat Malaysia kan?Kalau kat Malaysia orang lelaki yang bagi bunga or coklat untuk pasangan masing2 pada Valentine day tapi kat sini adalah sebaliknya.

Tapi x semestinya coklat diberi kepada lelaki2 yang dicintai saja.Ada juga yang bagi kat kawan2 rapat sebagai tanda persahabatan.Cuma coklat biasa2 je la.Untuk yang special semestinya coklat buatan sendiri.Aku ingat lagi masa aku kerja kat supermarket tu.Pada 13 Feb memang ramai perempuan yang datang tanya kat mana ade bahan2 untuk buat kek.Orang muda2 la..Budak2 sekolah pun sama..Aku rasa yang x pernah masak pun beria2 nak buat kek coklat semata2 untuk diberikan buat yang tersayang.Fuh!semangat2..hehe

So hari ni diwujudkan kat Jepun ni khas buat lelaki2 untuk mebalas balik coklat2 yang diorang dapat pada Valentine Day lepas.X semestinya diorang kena balas.Itu semua bergantung pada diorang la.Bagi mereka yang dah diluahkan perasaan cinta kat diorang pada Valentine Day lepas,hari ni boleh dikatakan sebagai hari penentuan la.Kalau seseorang lelaki tu pun suka kat perempuan tu,dia akan bagi la bunga atau coklat pada hari ni.(Waah~nak jugak....)

Hmm..macam2 la orang Jepun nih..pelik tapi benar.heheh -sue chan-

Saturday 13 March 2010

Tokyo yang Sibuk

Khamis lepas aku pergi ke Tokyo dengan 2 orang kawan untuk jalan2 sambil shopping.

Mula2 kitorang pergi ke Akihabara atau lebih dikenali dengan Akihabara Electric Town.Bandar ni la bandar barangan elektrik terbesar di Jepun ni.Kiranya kalau sesapa datang melancong ke sini, x lengkap la kalau x singgah kat bandar ni.

Kalau nak tau kuasa elektrik kat Jepun ni hanya 100V sahaja sedangkan di Malaysia kita guna elektrik dengan kuasa 240V.Jauh giler bezanya kan.

Jenis plug yang diguna di Jepun

So kalau kita beli barangan elektrik kat kedai elektrik biasa di Jepun ni,kita kena guna transformer supaya barang tu boleh digunakan di Malaysia.Kalau x meletup la jawabnya kan..

Satu lagi kalau kita beli game software kat kedai2 biasa ni,semua panduan yang diberikan adalah dalam bahasa Jepun.Mungkin la murah berbanding harga di Malaysia tapi kalau orang x faham bahasa Jepun x leh main la kan..
Begitu juga laptop dan komputer,semua software2 yang dah dimasukkan dalam komputer tu adalah dalam bahasa Jepun.So sama la macam yang aku sebut tadi.Kalau orang x tau bahasa Jepun,konfem la x tau camne nak guna komputer tu.
Kamera pun sama la.Setahu aku kalau kamera jenis Canon biasanya memang boleh disetting bahasa ke bahasa English tapi kalau jenama lain,biasanya hanya disetting dalam bahasa Jepun sahaja terutamanya kamera jenama Sony.(Sebab tu la aku beli kamera Canon,senang citer..heheh)

Ok,berbalik kepada cerita tentang Akihabara tadi.Dalam Jepun ni,hanya di bandar ini saja yang ada kedai elektrik international dan kat kedai2 ni la terdapat barang2 elektrik yang boleh digunakan kat negara2 lain di seluruh dunia.

Semua barang elektrik yang dijual di kedai2 tu dah disetting ke bahasa Inggeris dan kebanyakan yang aku tengok,harganya memang lebih mahal la berbanding dengan yang dijual di kedai2 biasa.Ada je yang murah tapi kena pandai2 cari la.Tapi penat la kalau nak pergi survey harga kat semua kedai yang ada tu.Sangat banyak dan bandar ni agak besar la jugak.Dah la orang sentiasa ramai.Pening2..haha(Maklum la Yamanashi ni kampung je..x biasa la pulak dengan suasana bandar2 besar camnih)

Yang specialnya kedai2 ni semuanya duty-free dan kalau pelancong datang tunjuk passport,diorang boleh beli barang kat kedai2 tu dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga biasa. Kalau satu kedai yang kitorang pergi tu,kadar diskaunnya adalah 5%.Kalau kat kedai lain aku x sure la pulak sama ke x.Tapi yang pastinya memang boleh dapat harga lebih murah la kalau tunjuk passport dengan syarat belum tinggal di Jepun lebih dari 3 minggu(kalau x silap aku la..)

Akhirnya lepas masing2 dah dapat beli barang2 yang dihajati(sempai aku beli sebijik handy cam SONY,kohai aku beli satu digital tv 32 inchi,aku?ada la..mane leh cakap..hahah),kitorang bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Harajuku.Kalau nak tau lebih lanjut tentang tempat ni,klik kat link di bawah.Aku dah x tau lagi nak citer camne..haha
http://en.wikipedia.org/wiki/Harajuku

Lepas shopping skit kat situ,kitorang pun berkejar2 naik train ke Shinjuku station untuk naik bas pulang ke Yamanashi ni. Fuh..penat giler.

Seharian bersesak2 dalam train yang sentiasa penuh,jalan laju2 sambil bawak barang2 shopping yang agak berat tu,owh!Memang sangat penat lah!

Habis duit,habis tenaga x kisah la,yang penting ada kepuasannya yang tersendiri..heheh -sue chan-

Thursday 4 March 2010

Wayang

Baru je balik dari tengok wayang.Tengok citer AVATAR.

tiket


Patut la aku dengar ramai orang kate best.Memang best pun.hehe..

Actually ni baru kali ke-2 aku pegi tengok wayang.1st time dulu pun tengok kat sini gak.So aku x tau la camne suasana kalau tengok wayang kat Malaysia.Ntah,sebab aku rasa x minat sangat nak tengok kot.Aku rasa tengok kot internet or DVD pon dah cukup puas.

Aku pergi tadi pun sebab aku boring giler.Malas lagi nak packing barang2 untuk bawak balik.Xde mood lagi.

Lagipun hari ni 'Ladies Day' kat panggung tu.Dulu aku fikir,kalau 'Ladies Day' bermakna hanya orang pompuan je boleh tengok wayang kat panggung tu hari tu.Rupa2nya aku silap faham selama ni.Ayo!
Sebenarnya orang lelaki pun boleh datang tengok,cuma pompuan dapat tiket murah la hari ni.Lorr..camtu rupa2nya..heheh..murah2 pon 1000 yen= lebih kurang RM30.Tapi kalau kat sini 1000 yen tu dianggap macam RM10 kat Malaysia la..

Nasib baik citer tu best.Rasa berbaloi la jugak even habis duit 1000 yen..

Tetiba aku rasa suka tengok wayang.Rasa cam best la pulak.haha..

Hmm..pasni nak pergi tengok lagi la..nak try gak tengok kat Malaysia nanti..hehe -sue chan-

Monday 1 March 2010

Akhirnya..

Berakhir sudah study ku kat sini..hehe..Alhamdulillah..

Berakhir dengan presentation selama 10 minit tentang research yang aku dah buat selama setahun terakhir ni..fuhh..lega..

Semestinya dalam bahasa Jepun

Yosh!nak plan pegi jalan2 pulak..sebelum balik Malaysia hujung bulan ni..

Nak pegi Tokyo Disneyland,Universal Studio Japan,Fuji Q highland..pastu mane lagi ek..hehe..enjoy!

Anyway thanks kepada semua yang selalu memberi sokongan dan semangat kepada aku selama ni..

Sayang korang!hehe -sue chan-

Sunday 28 February 2010

Tsunami

Sekarang kat sekitar pesisiran pantai Jepun sedang dilanda tsunami.Kat tv asyik terpampang info semasa tentang ketinggian tsunami yang melanda setiap kawasan berkenaan.Setakat ni xde lagi yang teruk kot..

Huhu..takut2..

Tapi nasib baik la Yamanashi ni xde laut.Dikelilingi gunung-ganang je..
So iAllah tsunami tu x sampai ke sini melainkan ketinggiannye melebihi gunung-ganang yang ade tu..

Ish..
Sebulan lagi aku kat sini..Harap2 dalam tempoh tu x terjadi bencana2 alam yang buruk.
huhu..

Btw esok aku ada presentation.Ni la yang last.Kalau dah habis yang ni,bermakna dah selesai la pengajian aku selama 4 tahun kat sini.

yosh!
semoga semuanya berjalan dengan lancar..doakan aku ye! -sue chan-

Monday 22 February 2010

Lega..

Aku baru je hantar tesis kat sensei..

Fuh..akhirnya siap jugak..dah lega even kena prepare untuk presentation pulak..at least satu kerja dah settle..Alhamdulillah..

So hari ni aku nak balik awal la..malas nak duk kat lab ni lama2..
X makan pape lagi dari pagi tadi..sangat lapar..
Kat rumah ada nasi dengan ayam goreng..nak balik makan la..
Dah boleh makan dengan tenang..hehe -sue chan-